PENGUMUMAN
Kepada semua Ahli Kesatuan yang dihormati,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pemilihan AJK-AJK KPPIT yang baru bagi menjalankan tanggungjawab menerajui pimpinan Kesatuan akan diadakan pada tahun 2023 ini. Saf pimpinan baru ini akan berkhidmat bagi sesi 2023-2025.
Justeru itu, kami berharap anda semua dapat mencalonkan saf pimpinan yang boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan demi peningkatan kebajikan semua ahli.
Borang pencalonan boleh didapati di sebelah kanan Papan Kenyataan KPPIT di North Building atau boleh dicetak seperti dalam lampiran di bawah. Isi Borang Pencalonan dengan lengkap dan masukkan ke dalam kotak yang telah disediakan di Papan Kenyataan KPPIT di North Building (sebelah guard house 1).
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 30 akan diadakan seperti di bawah :-
TARIKH : 23 September 2023 (Sabtu)
MASA : 4.30ptg – 9.20mlm
TEMPAT: Dewan Sek. Men. (A) Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka
Di sini saya juga ada melampirkan Borang Pencalonan. Borang Pencalonan yang telah di isikan perlu diletakkan di dalam peti yang telah disediakan di kawasana papan kenyataan K.P.P.I.T.
TARIKH TUTUP BAGI PENCALONAN AJK BAGI SESSI 2023/2025 AKAN DITUTUP PADA 29 OGOS 2023
Sekian Harap Maklum.
BERSATU KITA TEGUH.
With Best Regards,
Muhd Khairul Buang
Secretary
Kesatuan Pekerja-Pekerja
Infineon Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.
012-6972939
Dibawah adalah borang pencalonan&Notis/Agenda Mesyuarat Agung ke 30.
Peraturan Union(Buku Biru)-Latest (3)