Asalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan…
Setelah melalui beberapa fasa yang mengambil masa hampir 12 bulan, kita telah berjaya membuat perubahan cara kerja di bahagian MH SCC. Ini adalah kejayaan pertama seumpamanya yang melibatkan AMK dari Biro Keselamatan dan Kesihatan yang menimbulkan isu kesihatan dikalangan pekerja dibahagian MH yang mana mereka ini adalah bilangan teramai mengalami masalah sakit khidmat – sakit tulang belakang (slip disc) dan sebagainya.
Sepertimana kita tahu MH dalam kerja seharian mereka salah satu tugas mereka yang memerlukan mereka menolak lots dari Production ke GA & GA ke Production. Kaedah cara kerja ini adalah cara kerja yang kuno sejak dari nama syarikat Infineon adalah SIEMENS dan ianya membahayakan pekerja!
Dibawah ini adalah 2 units Smart Tugger dan trolley direka khas yang telah dibeli oleh SCC untuk kegunaan MH, ianya telah beroperasi sepenuhnya.
Seterusnya Biro Keselamatan dan Kesihatan sedang dalam rangka kerja untuk “BENCH MARK” ke production dilain-lain segment. Buat masa ini ESH sedang membuat assessment safety di B5 A2 Plating Bay (loading & unloading area).
Saksikan operasi Smart Tugger ini….
Kata-kata positive dari kalangan MH SCC
Kami berharap process “BENCH MARK’ ini akan menjadi kenyataan dan berjalan lancar sepertimana yang telah dirancangkan. Jutaan terima kasih kepada ESH terutama Puan Syafina yang telah banyak mambantu Biro Keselamatan dan Kesihatan didalam merialisasikan impian “KITA”!!!