Home Biro Media & Penerangan Jenis-Jenis Tuntutan Perkeso dan Cara Claim PERKESO Untuk MC Atau Kemalangan

Jenis-Jenis Tuntutan Perkeso dan Cara Claim PERKESO Untuk MC Atau Kemalangan

0 comments 27K views 3 minutes read

Berkenaan Tuntutan PERKESO Yang Boleh Dibuat Oleh Pekerja.

 

Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO

Terdapat beberapa keadaan yang mana pekerja boleh membuat tuntutan atas Skim Bencana Pekerjaan yang disediakan oleh PERKESO. Berikut adalah perlindungan yang disediakan mengikut kemalangan atau penyakit khidmat seperti:

  1. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan
  2. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
  3. Kemalangan Semasa Kecemasan
  4. Penyakit Khidmat

Melalui skim bencana pekerjaan ini, PERKESO telah menggariskan beberapa faedah yang anda boleh dapat sekiranya terlibat kemalangan atau penyakit khidmat seperti dibawah:

  • Faedah Pendidikan
  • Faedah Perubatan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
  • Faedah Orang Tanggungan (FOT)

 

Syarat Tuntutan PERKESO.

Berdasarkan jenis-jenis tuntutan PERKESO diatas ianya boleh dimohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Berikut adalah syarat bagi membuat tuntutan PERKESO:

  • Kemalangan yang ditimpa semasa berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.
  • Kemalangan ketika dalam perjalanan merangkumi seperti:
    • Mengikut laluan dari tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
    • Dibuat untuk apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan perkara penggajiannya
    • Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan semasa masa rehat yang dibenarkan
  • Kemalangan semasa kecemasan dirujuk syarat seperti:
  • Kemalangan yang berlaku ketika pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi untuk menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
  • Mendapat penyakit akibat oleh pekerjaan seperti penyakit khidmat:
    • Hilang pendengaran berpunca oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
    • Penyakit asma berpunca oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya.

Senarai Penyakit Khidmat Perkeso.

Pihak PERKESO telah menggariskan pelbagai jenis penyakit khidmat yang mana para pekerja boleh membuat tuntutan berdasarkan jenis-jenis tuntutan PERKESO berdasarkan kes melibatkan waktu bekerja. Berikut adalah senarai penyakit khidmat PERKESO:

  • Pekak
  • Asma
  • Penyakit kulit
  • Gangguan tekanan pascatrauma
  • Penyakit buah pinggang
  • Kanser paru-paru
  • Sakit sinaran
  • Kegagalan ginjal akut
  • Nekrosis hat
  • Jangkitan Hepatitis A
  • Jangkitan virus Nipah

Terdapat banyak lagi senarai penyakit khidmat yang anda boleh rujuk pada PDF senarai penyakit-penyakit khidmat.

 

Panduan Claim PERKESO/SOCSO Untuk MC dan Kemalangan.

PERKESO telah menggariskan bahawa pekerja boleh membuat tuntutan kepada PERKESO sekiranya,

  • Diberhentikan kerja atas sebab yang ditetapkan
  • Waris akan menerima jumlah tuntutan sekiranya pekerja meninggal dunia
  • Terlibat dalam kemalangan atau cuti sakit (MC)

Pekerja boleh mendapatkan manfaat Skim Bencana Pekerjaan sekiranya berlaku kemalangan termasuk MC selagi umur belum berusia 60 tahun mengikut jenis-jenis tuntutan PERKESO.

 

Cara Claim PERKESO/SOCSO untuk MC.

Bagi pekerja mendapat MC anda boleh claim PERKESO/SOCSO dengan beberapa langkah. Berikut adalah cara claim PERKESO/SOCSO untuk MC:

  • Sediakan sijil cuti sakit yang telah disahkan oleh pegawai kesihatan.
  • Perlu mengikut syarat-syarat berdasarkan jenis-jenis tuntutan PERKESO.
  • Muat turun dan lengkapkan borang ‘Bayaran Ganti Belanja (BGB)‘.
  • Jika MC tersebut adalah oleh kemalangan yang memerlukan 4 hari cuti berturut-turut, pekerja boleh claim bantuan faedag hilang upaya sementara.

Perlu diingatkan, pekerja perlu jujur dalam menyatakan peruntukan jumlah MC dari PERKESO. Penggunaan MC palsu adalah salah disisi undang dan boleh diambil tindakan.

 

Cara Claim PERKESO/SOCSO Kemalangan.

Bagi situasi yang mana pekerja terlibat dalam kemalangan semasa waktu kerja atau selepas pulang kerja. Anda boleh membuat tuntutan mengikut jenis-jenis tuntutan PERKESO yang telah dietatapkan. Berikut adalah cara claim Socso kemalangan:

  1. Buat laporan polis terlebih dahulu.
  2. Dapatkan rawatan berdekatyan hospital atau klinik. Simpan resit bagi urusan claim SOCSO dan cetak sekali bagi rujukan HR.
  3. Nyatakan lokasi kemalangan bagi bukti tempat kemalangan , jarak kerja dan lain-lain dengan gambar atau lukisan.

Berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan bagi HR untuk membuat claim SOCSO:

  • Salinan kad pengenalan
  • Bank statement kerana PERKESO perlu verify nama, bank dan no akaun pekerja.
  • Laporan polis yang sudah dibuat.
  • Claim resit rawatan. Mestilah salinan asal.
  • Perlu mengisi borang ‘laporan kemalangan‘

Dengan mengikuti cara claim PERKESO ini diharapkan akan dapat membantu pekerja mendapatkan hak masing-masing. Sila teliti jenis-jenis tuntutan PERKESO dan pastikan anda mengikuti syarat yang ditetapkan.

 

[wps_visitor_counter]

©2023 kppit, A Media Company – All Right Reserved. Designed and Developed by website melaka

KPPIT Kami ingin menunjukkan kepada anda pemberitahuan untuk berita terkini dan kemas kini.
Dismiss
Allow Notifications