Home Umum KENAIKAN YURAN DIPERSETUJUI OLEH AHLI

KENAIKAN YURAN DIPERSETUJUI OLEH AHLI

0 comments 179 views 1 minutes read

27 Disember 2023 : Keputusan pengundian menunjukan majoriti ahli menyokong kenaikan yuran dari rm5 ke rm10. Selepas Mesyuarat Agong KPPIT yang ke 10 satu usul berkenaan kenaikan yuran telah dibahaskan dan ahli-ahli yang hadir telah menyokong atas usul ini. Pada awalnya usul ini dibangkitkan oleh saudara Azli Abd Aziz berkenaan kenaikan bayaran bersara wajib umur 60 tahun dimana bayaran sumbangan dinaikan kepada rm2000 berbanding rm500 sebelum ini. Beliau juga mencadangkan bayaran berhenti awal umur 55 tahun dengan bayaran sumbangan sebanyak rm1500. Usul ini diterima oleh ahli-ahli yang hadir serta telah diberi tambahan cadangan-cadangan untuk kenaikan yuran rm10. Usul yang melibatkan keewangan undi sulit perlu dibuat walaupun usul tersebut dipersetujui didalam Mesyuarat Agong. Semasa ini juga saudara Khairul Buyang mengumumkan perlaksanaan bayaran sumbangan bersara wajib dan bersara awal 55 tahun berkuatkuasa pada 1 Oktober 2023.

Ahli jawatankuasa yang baru dilantik untuk sesi 2023-2025 telah menjalankan amanah yang diberikan untuk membuat sesi undi sulit untuk kenaikan yuran ini mengikut Peraturan 25(c) Buku Peraturan Kesatuan Pekerja-Pekerja Infineon Technologies. Notis pemberitahuan telah diberikan di Telegram KPPIT, FB KPPIT dan laman web KPPIT.

Semoga dengan kenaikan yuran ini dapat menambah kebajikan dan kelebihan oleh ahli-ahli berbanding dengan bukan ahli. Kami sebagai Ahli jawatankuasa sesi 2023-2025 adalah sebagai perlaksana usul yang telah dipersetujui didalam Mesyuarat Agong.

[wps_visitor_counter]

©2023 kppit, A Media Company – All Right Reserved. Designed and Developed by website melaka

KPPIT Kami ingin menunjukkan kepada anda pemberitahuan untuk berita terkini dan kemas kini.
Dismiss
Allow Notifications