Mesyuarat dwi mingguan.
1. Isu Kantin
A. Isu kantin berkenaan dengan kualiti, harga dan servis. Pada mesyuarat dwi mingguan yang lepas Kesatuan meminta pihak FM bahagian katerer perlu membentangkan data² berkenaan dengan segala masalah yang diadukan untuk setiap ktiin. Pada mesyuarat minggu ini pihak FM telah membentangankan data² dan menunjukan katerer blok 8 kantin mempunyai masalah yang paling tinggi di ikuti dengan DC Cafe dan seterusnya Dtower Cafe. Pihak kesatuan meminta pihak FM mengambil tindakan drastik kepada Jayamuda dan pihak FM juga perlu ada tindakan dimana melakukan tinjauan serta mengambil pandangan pekerja terhadap prestasi Jayamuda secara bertulis.
B. Kesatuan membangkitkan juga isu kantin syntronix. Pihak HR perlu bertangungjawab ke atas kantin disana kerana kantin disana bukan dibawah penyelian FM. Pihak HR akan membincangkan perkara ini dan akan berikan jawapan pada mesyuarat yang akan datang.
C. Cadangan meletakan bahan bukti dimana segala bentuk bahan bukti diserahkan kepada cashier dan selepas itu dimasukan kedalam chiller yang disediakan. Pihak kesatuan membantah dengan mekanisma di bahagian penerimaan bahan bukti yang dicadangkan kerana ditakuti tidak telus.
D. Pembukaan semula kantin Dtower pada pukul 4 pagi. Tapi maklum balas yang diberikan oleh pihak Cezar tiada sambutan dari pekerja.
E. Isu harga nasi separuh. Pihak kesatuan meminta disediakan nasi separuh dengan harga yang lebih murah daripada nasi penuh.
2. Isu Solat jumaat yang datang untuk coverage.
A. Pihak OE memberikan soalan berkenaan dengan masa yang digunakan dan pembahagian kerja pada masa solat Jumaat. Pihak kesatuan telah memberikan jawapan bahawa perkara ini sudah 20 tahun di amalkan, mereka ada SMT dan Team Leader dimana mereka akan susun atur jadual rehat mereka. Masa yang digunakan juga adalah waktu rehat mereka seperti mana mereka solat Zuhur.
3. Isu tiada mesyuarat berasingan yang dijanjikan dengan mesyuarat dwi mingguan dengan HR RB berkenaan dengan isu insure, micare dan swab test disemua klinik.
A. Pihak kesatuan meminta HR RB melakukan mesyuarat seberapa segera untuk membincangkan isu² yang telah dibangkitkan.
4. Isu kawasan merokok di ISRC dimana ianya kurang sesuai dimana tiada laluan pejalan kaki berbumbung.
A. Pihak kesatuan meminta satu kawasan yang sesuai untuk kawasan merokok dan pada petang tadi satu GEMBA WALK dibuat untuk mencari jalan penyelesaian. Pada masa GEMBA WALK telah diputuskan :
Cadangan tuk memindahkan smoking area di sebelah block 5 tidak dipersetujui kerana akan ada aduan berkenaan dgn bau yg tidak bagus mereka yg lalu lalang di situ. Ada cadangan lain iaitu:
1. Membuat kawasan merokok yg baru di sebelah block 5 di kawasan penjuru.
2. Membesarkan bumbung dan membina kawasan tertutup di kawasan merokok yang sedia ada. Mungkin dalam sebahagian kawasan tersebut.
Pihak IE akan mengusulkan kepada Mr Eng dalam mesyuarat bersama MD besok.
5. Isu berkenaan peratus penilaian prestasi tahun 2023.
A. Pihak majikan telah memberikan jawapan oleh wakil HR RB. Peratus prestasi penilaian lebih tinggi berbanding tahun lepas (sila lihat gambar)